Sejarah Dahulu Kala

Hai dan assalammualaikum kepada kaki blogger yang sudi singgah di blog tirah ni. okay harini tirah nak share serba sedikit lah tentang sejarah dulu dulu. Tirah memang suka gila search pasal sejarah dulu dulu contohnya mahsuri, ulik mayang, puteri gunung ledang dan sebagainya. So harini tirah nak share lah sikit kan pasal PUTERI GUNUNG LEDANG yeayyy. 
Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.
Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
  • 1 jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati hama.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad Shah, Melaka, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
Dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan yang meminang dengan Puteri Gunung Ledang bukannya Sultan Mahmud, tetapi Sultan Mansor Shah.
(Dalam karya agungnya Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu) Tun Sri Lanang mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).
Selain itu dalam Hikayat Hang Tuah, sahabat yang menderhaka ialah Hang Jebat. Akan tetapi dalam Sejarah Melayu, cerita Shellabear ialah Hang Kasturi.
So kalau orang nak imagine kan pasal puteri gunung ledang ni.. kan ada dalam filem magikaaaa. haa kat situ macam2 kisah ada. So memang sangat amazing lah kan bila kita tahu pasal puteri ni. hihi Eh korang before ni kisah Puteri gunung ledang ni pon telah difilemkan tau pada tahun 1961
Tirah nak share sikit gambar 
okay ni lakaran atau gambarn wajah puteri gunung ledang, wahh nampak jelita kan. hihi 

okaylah gaisss sampai sini sahaja story tirah pasal puteri gunung ledang. okay, ada masa lagi tirah akan update lagi tata titi tutu muahh


-Story mory dah habis:)-

Dunia Praktikal

Bermula tarikh 26/1/2016 bermulalah kehidupan ku sebagai seorang intern di salah sebuah organisasi kerajaaan iaitu RTM di Angkasapuri. Perasaan memang berkobar-kobar sebelum hari tersebut tiba. Fuh alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Dan hari ini aku dan rakan iaitu bihah, zaf, syafiq dan ardian telah masuk hari keempat. Aku di tempatkan di department wisma radio di unit nasional fm kata kauuuu. kahkah, bersama bihah dan zaf. Kawan aku yang lagi dua org tu di tempatkan di department wisma berita. Acah-acah pemberita lettuw. kahkah. Alhamdullilah setakat ni, staff-2 di nasional fm memang sporting lah. 
Tapi perasaan segan + malu memang still ada. Al maklumlah baru empat hari, kahkah.

Aku praktikal di sini hanya 8minggu sahaja iaitu 18/3/2016. Bila staff di sini tanya, "berapa bulan dik kat sini" then kami 8minggu je. lah kejap je rupanyaa. hihi. Lupa nak habaq mai, aku dan rakan2 ku dah tengok dah di konto bagaimana dj2 kat sini on air. Kami ada juga belajar serba sedikit seperti record suara, edit lagu, jinggle dan sebagainya lah. Bila tengok. macam best hee. Sampai di sini sahaja lah aku cerita, nanti ada masa akan ku update lagi hokeyyy. byebye gaisss



hehe saje je nak payung logo tu. okbyeeeee


-Story mory dah habis:)-