Penghujung cerita

Assalammualaikum kepada pembaca yang sudi menjenguk blog aku. Perasaan sedih tiba tiba singgah di dalam diriku, masa begitu mencemburui sehingga aku sudah sampai ke penghujung ceritanya. Iaitu perjuangan aku selama hampir tiga tahun berada di Kolej Universiti Islam Melaka sudah hampir ke penghujung. Ya Allah makin hari makin dekat masa berlalu, terlalu banyak kenangan aku telah dapat dan cipta di sini. Pelbagai dugaan, suka duka, menangis, perit dan segalanya telah ku harungi. Sungguh berat hati untuk berpisah bersama kawan kawan ku, hmm tidak sangka sama sekali pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa berjalan. Di saat saat akhir ini, baru aku dapat untuk mengenali seseorang tetapi itu hanya sekadar kawan. Perasaan sedih hanya Allah sahaja yang tahu, mungkin selepas ini kami tidak akan berjumpa lagi. Mungkin dia juga akan pergi dengan life dia, mungkin dia tidak akan lagi mengingati aku, mungkin dia akan bahagia dengan apa yang dia bakal miliki. Begitu banyak mungkin telah ku ucapkan hmm. Aku di sini akan sentiasa berdoa untuk dia. Susah bagi aku, bila kita sudah ada perasaan. Aku tidak suka apabila perasaan ini wujud pada diriku kerana ia akan membuat aku "berharap" kepada benda yang tidak akan mungkin sama sekali berlaku mahupun terjadi. Aku paling suka dengan dialog dari movie ISYARAT CINTA "jangan suka bagi harapan, kalau awak belum tentu boleh tunaikan" Seandainya perasaan dia dengan aku sama, ya Allah alangkahnya bahagianya aku di sini. Tetapi itu hanya sekadar bermimpi sahaja, jangan perasan wahai athirah husni.Engkau kena sedar siapa diri kau mungkin kau tidak layak sama sekali dengan dia. Tidak mengapa, biar ia menjadi sebagai sahabat. aku tidak akan untuk mengharap lebih dari itu. Maaf jika cerita aku kali agak membosankan, tetapi itulah yang ingin ku luahkan selama ini, aku tidak berani sama sekali meluahkan kepadanya.
-Story mory dah habis:)-

No comments:

Post a Comment